Isnin, 13 Julai 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA 2015 SK KAMPUNG BAHARU SERADA

          Majlis ini telah diadakan pada 08 Julai 2015 (Rabu) bersamaan dengan 21 Ramadhan 1436H di dewan terbuka SK KABARUS. Ianya telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohammed bin Embong dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Majlis bermula sedari jam 5.00 pm yang dimulai dengan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai dengan Juru Khatam yang telah dijemput khas iaitu Tn. Haji Said bin Salleh dan Tn. Haji Ngah bin Awang. Majlis bersurai kira-kira jam 8.00 pm setelah selesainya majlis berbuka puasa dan mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.

Tetatif Program :-

5.00 pm - Peserta mengambil tempat di dewan.
             - Taklimat dan susunan peserta.
             - Pendaftaran ibu bapa dan peserta.
             - Ketibaan jemputan.
             - Ucapan aluan oleh pengacara majlis.

6.00 pm - Majlis Khatam Al-Quran bermula.
             - Tazkirah/ ucapan sebelum berbuka puasa.
             - Para jemputan mengambil tempat untuk berbuka puasa.
             - Azan dan berbuka puasa beramai-ramai.
             - Solat Maghrib secara berjemaah di surau SK KABARUS.
             - Majlis bersurai.

      
Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga mengambil tempat masing-masing

Ucapan aluan oleh Perasmi Jemputan Tn. Hj. Mohammed bin Embong 
 
        
Majlis Khatam Al-Quran bermula


         
Persediaan makanan untuk berbuka puasa

         
Pengagihan makanan untuk berbuka puasa

           
Alhamdulillah..meriahnya dapat berbuka puasa beramai-ramai

                                                                                             ByKABARUSBlogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan