Khamis, 24 September 2015

PROGRAM SEKOLAH LESTARI ALAM SEKITAR SK KABARUS : PERSIAPAN STESEN KE 7 - STESEN KITAR SEMULA AIR HUJAN

 

Tarikh   : 21 September 2015
Masa     : 10.00 pagi
Tempat : Di antara blok sekolah
       
       Muafakat membawa berkat. Guru Besar bersama-sama dengan pekerja dan jaga sekolah melakukan kerja-kerja berat bagi merealisasikan stesen ke 7 sekolah lestari alam sekitar (SLAAS) SK KABARUS iaitu stesen kitar semula air hujan.

                                                                           
                                                       
                                                                ByKABARUSBlogger 


Ahad, 20 September 2015

PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SK KABARUS DI MUZIUM LOSONG KUALA TERENGGANU

       
          Program ini telah diadakan pada 15 September 2015 (Selasa) seawal jam 8.00 pagi bertempat di Muzium Losong Kuala Terengganu. Kumpulan yang terlibat adalah pelajar tahun 5 yang terpilih beserta guru/ staf/ pekerja yang merupakan AJK Sekolah Lestari Alam Sekitar (SLAAS).
         Sesampainya di Muzium Losong, para pelajar telah diberikan taklimat oleh Guru Besar dan dibahagikan kepada 4 kumpulan beserta beberapa orang guru pembimbing masing-masing. Setiap kumpulan perlu melakukan eksperimen/ aktiviti-aktiviti yang telah disusun khas sebelum dapat menjawab beberapa soalan berkaitan eksperimen yang akan dijalankan. Eksperimen berkenaan adalah kajian ke atas pokok/ tumbuhan, kajian ke atas haiwan/ serangga dan kajian ke atas air paya.
        Seterusnya, pertandingan mewarna alam sekitar turut diadakan di perkarangan Muzium Losong sebelum para peserta/ AJK SLAAS dibawa menikmati pemandangan indah di sekitar Muzium Losong dengan menaiki kereta api secara percuma. Akhirnya, sijil penghargaan/ penyertaan disampaikan sendiri kepada para peserta oleh Encik Rashid bin Hamat yang merupakan Ketua Penolong Pengarah, Lembaga Muzium Negeri Terengganu. 
         Sebelum berangkat pulang, para peserta di bawa melawat ke Masjud Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) selama hampir setengah jam sebelum berkumpul semula di sekolah kira-kira jam 4.00 petang.

Taklimat awal diberikan oleh Guru Besar kepada peserta sebelum berangkat ke Muzium Losong

Sebaik tiba, para peserta ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan 

Para peserta sekali lagi diberikan taklimat oleh Guru Besar setibanya di perkarangan Muzium Losong

Para peserta sedang menjalankan kajian ke atas pokok/ tumbuhan, kajian ke atas serangga/ haiwan dan kajian ke atas air paya

Tekun..para peserta menyiapkan tugasan yang telah diberikan 

Guru Besar/ para guru sentiasa memantau para pelajar sepanjang aktiviti dijalanka

Seronoknya menaiki kereta api..

Para pentadbir, guru dan pelajar tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di perkarangan Muzium Losong

Pertandingan mewarna turut diadakan setelah aktiviti-aktiviti utama selesai

        
Ketua Penolong Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Encik Rashid bin Hamat menyampaikan ucapan kepada para peserta
 Encik Rashid bin Hamat turut menyampaikan sijil penghargaan/ penyertaan kepada semua peserta dan AJK SLAAS
Para peserta bergambar bersama sijil yang telah diterima masing-masing
Cenderahati dari SK KABARUS turut disampaikan oleh Guru Besar kepada Encik Rashid di atas kesudiannya menerima kunjungan dari SK KABARUS untuk menjayakan program SLAAS ini
Beramai-ramai menjamu selera sebelum meninggalkan Muzium Losong

         
Singgah sebentar di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI) sebelum berangkat pulang ke sekolah

                                                                                            ByKABARUSBlogger


Khamis, 10 September 2015

TAKLIMAT PENUBUHAN STESEN-STESEN PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR SK KABARUS

       
Tarikh   : 07 September 2015 (Isnin)
Masa     : 7.30 pagi
Tempat : Foyer SK KABARUS

        Dalam taklimat yang telah disampaikan oleh Guru Besar kepada semua guru dan staf, terdapat 8 stesen yang telah dipilih sebagai stesen-stesen pembelajaran alam sekitar SK KABARUS iaitu :
Stesen 1 - Taman Herba
Stesen 2 - Hidupan Laut
Stesen 3 - Kitar Semula
Stesen 4 - Taman Orkid
Stesen 5 - Taman Kaktus
Stesen 6 - Buah-buahan
Stesen 7 - Kaji Sumber Air Hujan
Stesen 8 - Kolam Air Terjun

        Pembentukan modul-modul pembelajaran akan diadakan pada akhir September 2015 dan proses PdP alam sekitar merentas kurikulum akan diadakan bermula pada 01 Oktober 2015 di stesen-stesen tersebut bagi semua subjek.
 
Guru Besar menyampaikan taklimat kepada para guru dan staf di foyer sekolah


Label 8 stesen alam sekitar yang telah dikenal pasti




Guru Besar turut menampal label stesen alam sekitar bersama dengan pekerja

                                                                                                        ByKABARUSBlogger