Khamis, 23 Mei 2013

PROGRAM SERENTAK SK KABARUS DI PKG DURIAN BURUNG

Pada hari Sabtu bersamaan 18 Mei 2013, SK KABARUS telah mengadakan 3 program serentak bertempat di PKG Durian Burung Kuala Terengganu. Berikut merupakan program-program yang telah berjalan dengan jayanya:

1. KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

Kursus ini telah melibatkan para pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan SK KABARUS tahap 2. Pihak sekolah telah menjemput penceramah motivasi iaitu yang berbahagia Encik Zainuddin bin Omar dari SK Kampung Bukit Chendering Kuala Terengganu.


Guru Besar SK KABARUS meraikan para pengawas
Teruja..antara para pengawas SK KABARUS yang terlibat

2. MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI KE-4

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua guru dan staf SK KABARUS di mana guru besar telah menyampaikan taklimat dan amanat bagi meneruskan kecemerlangan SK KABARUS seterusnya.

Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu Teman Sejati SK KABARUS

Guru besar menyampaikan amanat kepada para guru dan staf SK KABARUS
Kusyuk..para guru dan staf SK KABARUS memberikan perhatian kepada taklimat yang disampaikan

3. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Untuk latihan ini, para guru dan staf SK KABARUS telah didedahkan dengan isu-isu menarik berkaitan guru dan staf oleh penceramah jemputan iaitu yang berbahagia Encik Shafiee bin Mamat selaku pegawai tadbir kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan beliau turut mendedahkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan surat dan file.

Bersemangat..penceramah jemputan menyampaikan taklimat
Penceramah jemputan diberi penghormatan untuk menyampaikan penghargaan dan sijil LADAP kepada guru & staf SK KABARUS sambil diperhatikan oleh guru besar

Guru besar, pentadbir dan guru bergambar kenangan bersama penceramah jemputan

Isnin, 20 Mei 2013

PERAYAAN HARI GURU 2013 SK KABARUS

Sambutan Hari Guru 2013 peringkat SK KABARUS telah diraikan pada hari Khamis bersamaan 16 Mei 2013 di perkarangan SK KABARUS dan turut dihadiri oleh pihak PIBG sekolah. Ianya telah disambut meriah dengan program-program yang telah disusun rapi oleh pihak AJK sambutan yang telah dilantik. Antaranya adalah program sukaneka dan persembahan pentas yang disertai oleh para guru dan staf dan disaksikan oleh para pelajar SK KABARUS.
Barisan guru dan pentadbir bergambar bersama YDP PIBG SK KABARUS
Para guru dan PIBG SK KABARUS bersama-sama menyanyikan lagu tema hari guru dengan penuh bersemangat
Pentadbir sekolah dan YDP PIBG memotong kek sambutan hari guru SK KABARUS
Pemainan sukaneka di kalangan guru & staf yang cukup menghiburkan warga SK KABARUS


Persembahan para guru dan staf SK KABARUS juga amat mencuit hati