Selasa, 24 Februari 2015

PELANCARAN PROGRAM J3P
( Jom Pakat Power Penamat UPSR 2015 )


Tarikh:       18 Februari 2015
Hari:          Rabu
Jam:          Dewan SK Kampung Baharu Serada
Peserta:     46 Orang Pelajar UPSR

Objektif:
-     Penyerahan Anak Angkat Mentor-Mentee
-     Merapatkan pelajar Tahun 6 dengan Mentor mereka.
-     Menjadikan Mentor sebagai penasihat kepada semua pelajar UPSR 2015

      Program ini dijalankan serentak pada jam 1.15 pagi dan telah dirasmikan oleh Guru Besar (En Mohd   Noor Bin Omar) dimana semua pelajar bersama mentor (Ibubapa angkat mereka masing-masing selama setengah jam).  Di sini mereka akan bertanya masalah pelajar.  Masalah pengajaran dan pembelajaran (PdP), masalah rakan sebaya yang menganggu emosi dan sikap mereka untuk menempuh UPSR pada 8 - 11 September 2015 nanti.  Mentor pula akan memberi segala panduan, nasihat motivasi, tip-tip belajar dan menyelesaikan nasihat mereka.

       Program ini akan dilaksanakan pada setiap hari Rabu jam 1.30 petang dan bebas berada di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah selama setengah jam bersama mentor dan mentee masing-masing.

       Majlis ini berakhir dengan jamuan minum petang bersama mentor dan mentee masing-masing.

       Semoga program "Jom Pakat Power Penamat UPSR 2015 ( J3P )" menjadi pencetus kegemilangan UPSR tahun 2015 dengan targetnya iaitu :


Target UPSR 2015
Target Motivasi 2015










Buku Program "J3P" UPSR
Tentatif Program "J3P"









Jamuan petang untuk mentor dan mentee
Penerangan daripada GPK Pentadbiran




Sesi pertemuan dan Perbincangan mentor mentee
Sesi pertemuan dan Perbincangan mentor mentee
















AKHIRI LAFAZ..........

" SELAMAT BERJUANG PUTERA-PUTERIKU TERSAYANG "
" AKHIRI PERJUANGANMU DENGAN PENUH KECEMERLANGAN "


Sabtu, 21 Februari 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG (OPS BUANG) SK KABARUS

        Gotong royong (Ops Buang) ini telah diadakan pada 18 Febuari 2015 (Rabu) yang merupakan satu aktiviti sihat melibatkan para guru, pelajar dan semua pekerja sekolah. Ianya telah berlangsung selama kira-kira 1 jam iaitu dari pukul 8.00 hingga 9.00 pagi di mana tempat yang terlibat dalam Ops Buang ini adalah seperti pejabat sekolah, bilik guru, bilik buku teks dan bilik-bilik khas yang lain di samping kawasan persekitaran sekolah.
          Objektif utama program ini ialah :
* Memastikan kawasan sekolah selamat dari pembawaan nyamuk Aedes.
* Membersihkan kelas yang merupakan tempat berlangsungnya PdP.
* Menjadikan kelas lebih kondusif dan ceria.
* Melatih dan melahirkan pelajar dengan budaya tolong menolong.
* Menyemai sikap pelajar yang cintakan kecantikan, kebersihan dan keceriaan.
          Kesemua warga SK KABARUS telah memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan di mana para pelajar telah bersungguh-sungguh bergotong royong dengan dipantau sepenuhnya oleh para guru.
          Hasilnya, program ini telah berjaya mengumpulkan banyak barangan lama dan terpakai yang tidak digunakan lagi sekali gus telah menjimatkan ruang dan mencantikkan lagi tempat/ bilik yang telah dioperasi dengan Ops Buang ini.
 
Di antara barangan buangan yang telah berjaya dikumpul dari bilik yang dioperasi
Para pelajar bergotong royong mengemas dan menyusun buku di dalam bilik buku teks
Operasi Ops Buang di dalam bilik guru
Gotong royong mengangkat bahan buangan telah menyemai sikap bekerjasama dan tolong menolong di kalangan pelajar
Para pelajar bergotong royong membersihkan kawasan sekolah dengan dipantau oleh guru
Gotong royong telah melahirkan banyak nilai-nilai murni di kalangan pelajar seperti kerendahan hati/ diri
                                                
                             "KABARUS BERSIH WARGANYA SEJAHTERA"

                                                                                                      ByKABARUSBlogger