Sabtu, 21 Februari 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG (OPS BUANG) SK KABARUS

        Gotong royong (Ops Buang) ini telah diadakan pada 18 Febuari 2015 (Rabu) yang merupakan satu aktiviti sihat melibatkan para guru, pelajar dan semua pekerja sekolah. Ianya telah berlangsung selama kira-kira 1 jam iaitu dari pukul 8.00 hingga 9.00 pagi di mana tempat yang terlibat dalam Ops Buang ini adalah seperti pejabat sekolah, bilik guru, bilik buku teks dan bilik-bilik khas yang lain di samping kawasan persekitaran sekolah.
          Objektif utama program ini ialah :
* Memastikan kawasan sekolah selamat dari pembawaan nyamuk Aedes.
* Membersihkan kelas yang merupakan tempat berlangsungnya PdP.
* Menjadikan kelas lebih kondusif dan ceria.
* Melatih dan melahirkan pelajar dengan budaya tolong menolong.
* Menyemai sikap pelajar yang cintakan kecantikan, kebersihan dan keceriaan.
          Kesemua warga SK KABARUS telah memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan di mana para pelajar telah bersungguh-sungguh bergotong royong dengan dipantau sepenuhnya oleh para guru.
          Hasilnya, program ini telah berjaya mengumpulkan banyak barangan lama dan terpakai yang tidak digunakan lagi sekali gus telah menjimatkan ruang dan mencantikkan lagi tempat/ bilik yang telah dioperasi dengan Ops Buang ini.
 
Di antara barangan buangan yang telah berjaya dikumpul dari bilik yang dioperasi
Para pelajar bergotong royong mengemas dan menyusun buku di dalam bilik buku teks
Operasi Ops Buang di dalam bilik guru
Gotong royong mengangkat bahan buangan telah menyemai sikap bekerjasama dan tolong menolong di kalangan pelajar
Para pelajar bergotong royong membersihkan kawasan sekolah dengan dipantau oleh guru
Gotong royong telah melahirkan banyak nilai-nilai murni di kalangan pelajar seperti kerendahan hati/ diri
                                                
                             "KABARUS BERSIH WARGANYA SEJAHTERA"

                                                                                                      ByKABARUSBlogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan