Isnin, 13 Julai 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA 2015 SK KAMPUNG BAHARU SERADA

          Majlis ini telah diadakan pada 08 Julai 2015 (Rabu) bersamaan dengan 21 Ramadhan 1436H di dewan terbuka SK KABARUS. Ianya telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohammed bin Embong dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Majlis bermula sedari jam 5.00 pm yang dimulai dengan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai dengan Juru Khatam yang telah dijemput khas iaitu Tn. Haji Said bin Salleh dan Tn. Haji Ngah bin Awang. Majlis bersurai kira-kira jam 8.00 pm setelah selesainya majlis berbuka puasa dan mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.

Tetatif Program :-

5.00 pm - Peserta mengambil tempat di dewan.
             - Taklimat dan susunan peserta.
             - Pendaftaran ibu bapa dan peserta.
             - Ketibaan jemputan.
             - Ucapan aluan oleh pengacara majlis.

6.00 pm - Majlis Khatam Al-Quran bermula.
             - Tazkirah/ ucapan sebelum berbuka puasa.
             - Para jemputan mengambil tempat untuk berbuka puasa.
             - Azan dan berbuka puasa beramai-ramai.
             - Solat Maghrib secara berjemaah di surau SK KABARUS.
             - Majlis bersurai.

      
Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga mengambil tempat masing-masing

Ucapan aluan oleh Perasmi Jemputan Tn. Hj. Mohammed bin Embong 
 
        
Majlis Khatam Al-Quran bermula


         
Persediaan makanan untuk berbuka puasa

         
Pengagihan makanan untuk berbuka puasa

           
Alhamdulillah..meriahnya dapat berbuka puasa beramai-ramai

                                                                                             ByKABARUSBlogger

Rabu, 8 Julai 2015

MAJLIS TEMU MURNI 2015 SK KABARUS

Tarikh    : 6 Julai 2015 (Isnin)
Masa      : 12.00 tengahari
Tempat  : Kelas masing-masing


        Majlis ini melibatkan perjumpaan di antara pelajar tahun 1 hingga ke tahun 6 beserta ibu bapa/ penjaga dengan guru kelas anak mereka masing-masing. Ianya bertujuan untuk mencari kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan hasil pembelajaran anak-anak mereka di dalam peperiksaan terkini (Peperiksaa Pertengahan Tahun). Ianya juga diharapkan agar para pelajar mampu meningkatkan/ mencapai tahap kecemerlangan di dalam peperiksaan yang ke seterusnya . Majlis selesai kira-kira jam 1.30 petang.

             Di antara gambar-gambar di sepanjang majlis Temu Murni 2015 SK KABARUS:-






                                                      ByKABARUSBlogger