Ahad, 23 Ogos 2015

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA ALAM SEKITAR SK KABARUS

     

Tarikh   : 18 Ogos 2015 (Selasa)
Tempat : Dewan Terbuka SK KABARUS
Masa     : 11.00 pagi


Kumpulan sasaran : 
Kesemua pelajar Prasekolah, PPKI, Tahap 1 dan Tahap 2 (350 orang)

Tajuk Lukisan :
(1) Jom Kitar Semula
(2) Hargailah Alam Sekitar
(3) Cintailah Alam Sekitar

Objektif :
(1) Untuk menyemai sikap menghargai alam sekitar di kalangan pelajar.
(2) Menghargai persekitaran yang sihat dan mewujudkan suasana selesa dan selamat.
(3) Dapat mengurus dan menggunakan kembali barangan terbuang/ tidak terpakai.
(4) Melindungi alam sekitar dari timbunan bahan buangan/ tidak terpakai. 
(5) Memastikan wujudnya kestabilan hubungan di antara alam sekitar dan manusia.

Hadiah disediakan :
Tempat pertama hingga keempat bagi setiap kelas.

Para pelajar menunjukkan hasil lukisan masing-masing.


Kreatif..di antara hasil lukisan dan mewarna para pelajar.

Guru Besar SK KABARUS turut memberi sokongan kepada para pelajar.

                                                        ByKABARUSBlogger


Khamis, 20 Ogos 2015

SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR

         

      SK KABARUS sekali lagi menghargai anugerah alam sekitar dengan mengadakan projek penghijauan sekolah yang telah diadakan pada 17 Ogos 2015 (Isnin) yang dilakukan sendiri oleh Guru Besar SK KABARUS. Ianya turut melibatkan para pelajar bagi mendidik mereka untuk menghargai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Program ini telah dapat mendidik para pelajar dengan cara dan teknik yang betul dalam memotong bekas tapak semaian tidak terpakai yang telah disumbangkan oleh guru dan staf SK KABARUS semasa program alam sekitar yang telah diadakan sebelumnya. 
       Di samping itu, mereka turut diajar dengan cara untuk menyemai anak benih/ pokok, cara menyiram pokok, menggembur tanah serta cara pemilihan tanah yang sesuai untuk sesuatu tanaman. 
     Akhirnya, para pelajar turut didedahkan dengan masa penyiraman serta pemerhatian yang perlu dilakukan kepada semaian anak benih/ pokok yang telah ditanam bagi memastikannya hidup subur seterusnya dapat menepati objektif program iaitu untuk penghijauan sekolah dan ianya diharapkan agar lebih dari itu iaitu dapat menambahkan/ menceriakan lagi suasana sekolah.

Guru Besar menyampaikan taklimat ringkas sebelum program penghijauan sekolah dimulakan.

Para pelajar terlebih dahulu diajar tentang cara yang betul untuk memotong bekas terpakai
sebagai bekas tapak semaian anak benih/ pokok sebelum mereka mencubanya sendiri.

Proses penyemaian anak benih/ pokok turut dilakukan sendiri oleh para pelajar.

Teknik penyiraman anak benih/ pokok turut dipraktikkan oleh para pelajar.


Para pelajar turut diajar tentang bagaimana caranya untuk menggemburkan tanah
dan seterusnya cara untuk menyemai anak benih/ pokok.

Para pekerja sekolah turut membantu dalam menjayakan program penghijauan sekolah ini.

                                                                                                             ByKABARUSBlogger