Khamis, 20 Ogos 2015

SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR

         

      SK KABARUS sekali lagi menghargai anugerah alam sekitar dengan mengadakan projek penghijauan sekolah yang telah diadakan pada 17 Ogos 2015 (Isnin) yang dilakukan sendiri oleh Guru Besar SK KABARUS. Ianya turut melibatkan para pelajar bagi mendidik mereka untuk menghargai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Program ini telah dapat mendidik para pelajar dengan cara dan teknik yang betul dalam memotong bekas tapak semaian tidak terpakai yang telah disumbangkan oleh guru dan staf SK KABARUS semasa program alam sekitar yang telah diadakan sebelumnya. 
       Di samping itu, mereka turut diajar dengan cara untuk menyemai anak benih/ pokok, cara menyiram pokok, menggembur tanah serta cara pemilihan tanah yang sesuai untuk sesuatu tanaman. 
     Akhirnya, para pelajar turut didedahkan dengan masa penyiraman serta pemerhatian yang perlu dilakukan kepada semaian anak benih/ pokok yang telah ditanam bagi memastikannya hidup subur seterusnya dapat menepati objektif program iaitu untuk penghijauan sekolah dan ianya diharapkan agar lebih dari itu iaitu dapat menambahkan/ menceriakan lagi suasana sekolah.

Guru Besar menyampaikan taklimat ringkas sebelum program penghijauan sekolah dimulakan.

Para pelajar terlebih dahulu diajar tentang cara yang betul untuk memotong bekas terpakai
sebagai bekas tapak semaian anak benih/ pokok sebelum mereka mencubanya sendiri.

Proses penyemaian anak benih/ pokok turut dilakukan sendiri oleh para pelajar.

Teknik penyiraman anak benih/ pokok turut dipraktikkan oleh para pelajar.


Para pelajar turut diajar tentang bagaimana caranya untuk menggemburkan tanah
dan seterusnya cara untuk menyemai anak benih/ pokok.

Para pekerja sekolah turut membantu dalam menjayakan program penghijauan sekolah ini.

                                                                                                             ByKABARUSBlogger


Tiada ulasan:

Catat Ulasan