Isnin, 30 September 2013

MESYUARAT GURU & STAF (LADAP) KALI KE - 6 2013 SK KABARUS

           Mesyuarat guru & staf (LADAP) kali ke-6 2013 SK KABARUS telah berlangsung dengan jayanya pada 21 September 2013 (Sabtu) jam 8.00 pagi di PKG Bukit Besar Kuala Terengganu yang melibatkan semua guru dan staf SK KABARUS. Setelah selesainya pendaftaran, semua guru dan staf mengambil tempat masing-masing dengan diikuti oleh ucapan pengerusi majlis iaitu GPK 1 Cikgu Noor Adzmee bin Daud. LADAP seterusnya dimulakan dengan pembentangan menarik menggunakan Power Point oleh guru besar SK KABARUS dengan tajuk yang dibawakan iaitu 'Pedagogi Berkualiti, P&P Menjadi'. Majlis kemudiannya berhenti seketika untuk menjamu selera dengan menu Nasi Minyak istimewa.
           Selanjutnya majlis diteruskan lagi dengan taklimat ringkas selama 15 minit yang disampaikan oleh pegawai YAPIEM iaitu Encik Muhammad Faizol Rahman yang memberikan kupasan yang menarik berkaitan sedekah jariah. Mesyuarat guru dan staf kali ke-6 kemudiannya dimulakan dengan pembentangan beberapa perkara yang berkaitan dengan kokurikulum dan kurikulum SK KABARUS sehinggalah majlis kemudiannya bersurai lebih kurang pada pukul 1.00 pm.





Pendaftaran guru dan staf SK KABARUS sebelum bermulanya mesyuarat



Semua guru dan staf SK KABARUS berdiri dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu tema sekolah 'Teman Sejati'

Para guru dan staf SK KABARUS fokus kepada taklimat yang disampaikan

Taklimat ringkas yang disampaikan pegawai YAPIEM cukup menarik perhatian guru dan staf SK KABARUS

Jamuan makan tengahari..Nasi minyak, aneka kueh dan buah-buahan tempatan



Selasa, 24 September 2013

PROGRAM SARANA IBU BAPA 2013 SK KABARUS

Program Sarana Ibu Bapa 2013 SK KABARUS telah dilaksanakan oleh pihak SK KABARUS selama 3 hari bermula 10-12 September 2013 yang terdiri dari semua guru/ staf/ pekerja SK KABARUS bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK KABARUS.

Berikut merupakan aktiviti yang dilakukan di sepanjang program tersebut :
09 September 2013 (Isnin) :
  • Program Sarana Ibu Bapa ini telah dirasmikan oleh YDP SK KABARUS iaitu Tn. Haji MD Harun bin Ibrahim di bilik Kemahiran Hidup.
  • Pada sebelah pagi telah diadakan bacaan surah Yaasin dan solat hajat UPSR bersama-sama dengan pelajar tahun 6 menjelang tibanya peperiksaan UPSR 2013.
  • Para pelajar beserta guru-guru tahun 6 kemudiannya telah dijamu makan tengahari dengan menu istimewa iaitu Nasi Arab bagi meraikan/ membakar semangat para pelajar UPSR sebelum mereka berjuang di dalam UPSR nanti.
10, 11 & 12 September 2013 (Selasa) :
  • Para pelajar UPSR berkumpul di dataran perhimpunan SK KABARUS dengan ditemani oleh ibu bapa dan guru tahun 6 SK KABARUS.
  • Taklimat dan tazkirah ringkas diikuti doa telah diberikan kepada para pelajar dan guru UPSR sebelum mereka dilepaskan ke dewan peperiksaan UPSR.
  • Para pelajar UPSR bersalaman dengan ibu bapa dan guru sebelum bergerak ke dewan peperiksan UPSR.
  • Majlis diakhiri dengan jamuan pulut durian untuk semua warga SK KABARUS termasuk PIBG di Foyer sekolah.
       
Para pelajar tahun 6 berkumpul di dataran perhimpunan sebelum dilepaskan ke dewan peperiksaan

Taklimat dan tazkirah ringkas beserta doa telah berikan

        
Para pelajar tahun 6 bersalam-salaman dengan ibu bapa dan guru sebelum ke dewan peperiksaan

       
Berdebar..para pelajar memasuki pintu dewan peperiksaan



Gotong royong memasak pulut durian...guru besar SK KABARUS mengeluarkan isi durian

by KABARUSBLOGGER