Isnin, 30 September 2013

MESYUARAT GURU & STAF (LADAP) KALI KE - 6 2013 SK KABARUS

           Mesyuarat guru & staf (LADAP) kali ke-6 2013 SK KABARUS telah berlangsung dengan jayanya pada 21 September 2013 (Sabtu) jam 8.00 pagi di PKG Bukit Besar Kuala Terengganu yang melibatkan semua guru dan staf SK KABARUS. Setelah selesainya pendaftaran, semua guru dan staf mengambil tempat masing-masing dengan diikuti oleh ucapan pengerusi majlis iaitu GPK 1 Cikgu Noor Adzmee bin Daud. LADAP seterusnya dimulakan dengan pembentangan menarik menggunakan Power Point oleh guru besar SK KABARUS dengan tajuk yang dibawakan iaitu 'Pedagogi Berkualiti, P&P Menjadi'. Majlis kemudiannya berhenti seketika untuk menjamu selera dengan menu Nasi Minyak istimewa.
           Selanjutnya majlis diteruskan lagi dengan taklimat ringkas selama 15 minit yang disampaikan oleh pegawai YAPIEM iaitu Encik Muhammad Faizol Rahman yang memberikan kupasan yang menarik berkaitan sedekah jariah. Mesyuarat guru dan staf kali ke-6 kemudiannya dimulakan dengan pembentangan beberapa perkara yang berkaitan dengan kokurikulum dan kurikulum SK KABARUS sehinggalah majlis kemudiannya bersurai lebih kurang pada pukul 1.00 pm.





Pendaftaran guru dan staf SK KABARUS sebelum bermulanya mesyuarat



Semua guru dan staf SK KABARUS berdiri dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu tema sekolah 'Teman Sejati'

Para guru dan staf SK KABARUS fokus kepada taklimat yang disampaikan

Taklimat ringkas yang disampaikan pegawai YAPIEM cukup menarik perhatian guru dan staf SK KABARUS

Jamuan makan tengahari..Nasi minyak, aneka kueh dan buah-buahan tempatan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan