Sabtu, 24 Ogos 2013

SK KABARUS TUAN RUMAH PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

SK KABARUS telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan pidato Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang telah diadakan pada 19 ogos 2013 (Isnin). Pertandingan ini telah berlangsung di dewan terbuka SK KABARUS dan telah disertai oleh 13 buah sekolah daerah Kuala Terengganu.  Pertandingan ini adalah bertemakan kebersihan dengan tajuknya "Negeri Cantik Budaya Menarik". Kesemua pemidato yang diiringi oleh guru pembimbing masing-masing telah memberikan persembahan yang baik dan mengujakan.
 
Di antara para peserta pemidato dengan gaya dan hujah yang bernas masing-masing
Guru besar, para guru dan para pelajar SK KABARUS tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan para pemidato

  
Para pemidato diberikan sijil penyertaan di akhir pertandingan

Johan Pidato
Naib Johan dan tempat ketiga Pidato
Pengacara , pencatat masa dan para hakim pertandingan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan