Rabu, 28 Ogos 2013

MAJLIS SAMBUTAN MERDEKARAYA 2013 SK KABARUS

Sambutan MERDEKARAYA 2013 peringkat SK KABARUS telah diadakan pada 22 Ogos 2013 (Khamis) bersamaan dengan 15 Syawal 1434. Majlis sambutan ini telah diadakan dengan penuh kemeriahan di mana setiap warga SK KABARUS yang terdiri dari guru, staf, guru KAFA, pekerja sekolah dan warga kantin telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dengan tema menu juadah yang berbeza masing-masing. Para tetamu kehormat/ VIP juga turut dijemput bagi memeriahkan sambutan majlis dan turut diberi penghormatan untuk menjadi juri hakim dengan menilai dan memberikan markah kepada kiost-kiost yang telah ditentukan.
Para guru SK KABARUS bergambar kenangan sebelum majlis sambutan MERDEKARAYA dimulakan
      
Anggun..barisan pentadbir SK KABARUS
      
MERDEKA!..teruja dengan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh warga SK KABARUS
   
  
Setiap kelas mempersembahkan nyanyian lagu raya masing-masing

 
Pelbagai jenis kuih raya yang dibawa oleh para pelajar SK KABARUS
Para pelajar SK KABARUS menjamu selera dengan menu Nasi Kuning dan Sate ayam serta kuih muih yang telah dibawa
Menu yang menjadi tarikan ramai...Nasi Beriani Arab dengan Mandy Lamb
 
     
Di antara kiost-kiost juadah makanan dengan tema menu yang berbeza...kiost pengurusan, kiost PPKIBP, kiost guru tahun 6, kiost guru KAFA, kiost pekerja, kiost warga kantin dan kiost guru Pendidikan Islam
       
Di antara tetamu kehormat/ VIP yang hadir
            
Di antara wakil dari kiost yang menerima hamper masing-masing
Tahniah..kiost tahun 6 terpilih sebagai kiost terbaik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan