Sabtu, 28 Disember 2013

MESYUARAT PENGURUSAN GURU & STAF KALI 1 2014 SK KG. BAHARU SERADA K. TRG.

       Pada 26 Disember 2013 (Khamis), selesailah sudah satu mesyuarat penting bagi SK KABARUS iaitu mesyuarat pengurusan guru & staf kali pertama bagi tahun 2014. Ianya telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah (BM) JPNT iaitu Tn. Haji Che Soh bin Muda, PJK.
     Setelah selesainya pendaftaran para guru & staf kira-kira pada pukul 8.30 am, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan kata aluan oleh pengerusi majlis diikuti taklimat yang disampaikan oleh guru besar SK KABARUS Mohd. Noor bin Omar kepada para guru & staf menggunakan slide Power Point yang menyentuh banyak aspek/ perkara sepanjang tahun 2013 yang telah dilalui oleh guru & staf SK KABARUS. Beberapa video motivasi juga turut dimainkan sebagai selingan di sepanjang taklimat tersebut yang berakhir pada pukul 10.15 am.
     Kira-kira pada pukul 10.30 am, semua guru dan staf bergambar kenangan bersama-sama dengan perasmi jemputan di foyer Perpustakaan Awam Negeri Terengganu seterusnya bersama-sama menjamu selera dengan masakan nasi berlauk sebelum mesyuarat diteruskan kira-kira pada pukul 11.00 am.
    Nyanyian beramai-ramai lagu 'Teman Sejati SK KABARUS' yang merupakan lagu tema SK KABARUS menerusi slide Power Point yang berlirik meneruskan mesyuarat tersebut. Seterusnya, ucapan yang penuh dengan maklumat telah disampaikan oleh perasmi jemputan, Tn. Haji Che Soh bin Muda, PJK selama kira-kira 1 jam 30 minit yang berakhir pada pukul 12. 45 pm sekaligus telah merasmikan mesyuarat pengurusan guru & staf kali 1 2014 tersebut. Beliau seterusnya telah diberikan penghormatan untuk memotong kek kejayaan 2013 SK KABARUS bersama-sama dengan barisan pentadbir SK KABARUS dan kemudiannya menyampaikan hadiah/ cenderamata kepada para guru & staf SK KABARUS yang cemerlang dalam kategori masing-masing.
      Mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan berkaitan pengurusan iaitu pengurusan Pentadbiran oleh Guru Besar SK KABARUS (Mohd. Noor bin Omar), pembentangan pengurusan Kurikulum oleh Guru Penolong Kanan Pengurusan Sekolah (Noor Adzmee bin Mohd. Daud), pembentangan pengurusan Hal Ehwal Murid oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Laila binti Ab. Rahman) dan pembentangan pengurusan Kokurikulum oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Abdullah bin Abas).
       Mesyuarat guru & staf kali 1 2014 berakhir dengan jayanya kira-kira pada pukul 2.30 pm.
Pendaftaran guru & staf bermula seawal jam 8.00 am
    
Guru Besar SK KABARUS menyampaikan taklimat menggunakan slide Power Point
Para guru & staf SK KABARUS fokus kepada taklimat yang disampaikan
Barisan guru & staf SK KABARUS bergambar kenangan bersama-sama dengan perasmi jemputan 
pada mesyuarat pengurusan guru & staf kali 1 2014 di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
   
Para pentadbir dan guru tahun 6 SK KABARUS bergambar bersama-sama dengan perasmi jemputan
Tn. Haji Che Soh bin Muda, PJK menyampaikan ucapan dan
merasmikan mesyurat pengurusan guru & staf kali 1 2014
Inilah Kek Kejayaan 2013 SK KABARUS..
juga sempena sambutan hari lahir Tn. Haji Che Soh bin Muda, PJK.
                            
                                                                                   By KABARUSBLOGGER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan