Sabtu, 7 Disember 2013

SARANA IBU BAPA & DIALOG PRESTASI SK KABARUS 2013

           Program ini telah diadakan pada 16 Disember 2013 (Isnin) iaitu pada minggu pertama sesi cuti persekolahan akhir tahun 2013. Program ini telah diadakan di bilik tayang SK KABARUS di mana pihak sekolah telah menjemput ibu bapa/ penjaga para pelajar tahun 5 2013 yang merupakan calon-calon untuk UPSR bagi sesi tahun 2014. Ternyata program ini telah mendapat sambutan yang baik dan ianya terbukti dengan kehadiran ibu bapa yang sangat menggalakkan.
           Program ini telah dibahagikan kepada 2 slot utama iaitu untuk slot pertama guru besar SK KABARUS telah menayang/ menjelaskan secara terperinci tentang keputusan akhir tahun para pelajar tahun 5 2013 kepada ibu bapa/ penjaga masing-masing yang dipaparkan dengan menggunakan slide Power Point serta turut membincangkan tentang kekuatan/ kelemahan keputusan anak masing-masing untuk kesemua 5 subjek teras utama iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 
          Bagi slot kedua pula, pihak sekolah telah menjemput En. Zainuddin bin Omar yang merupakan Kaunselor dari SK Pusat Chabang 3 untuk memberikan ceramah bertajuk 'UPSR 2014 - Apakah Persediaan Ibu Bapa/ Penjaga'. Sesi ceramah ini telah diadakan selama kira-kira 2 jam dan di akhir ceramah telah diadakan sesi dialog di antara penceramah dan ibu bapa/ penjaga bagi sebarang persoalan yang timbul dalam lingkungan tajuk dialog.
         Selain itu, objektif lain program ini dianjurkan juga adalah untuk memberikan maklumat atau pendedahan awal kepada ibu bapa/ penjaga berkaitan :
1. Program yang diadakan di dalam cuti sekolah
2. Persediaan yang dibuat untuk menghadapi banjir
3. Keperluan para pelajar bakal UPSR 2014
          sebelum bersurai, program seterusnya diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan kepada semua hadirin yang hadir.


Sesi pendaftaran ibu bapa/ penjaga sebelum bermulanya program

Guru Besar SK KABARUS menyampaikan taklimat & mengulas keputusan peperiksaan akhir tahun 2013 kepada para ibu bapa/ penjaga pelajar tahun 5 2013 pada slot pertama

Menarik perhatian..penceramah jemputan menyampaikan ceramahnya beserta sesi dialog bersama ibu bapa/ penjaga pelajar tahun 5 2013 pada slot kedua

Ibu bapa/ penjaga dihidangkan dengan jamuan ringan setelah berakhirnya program
                                                                                                        By KABARUSBLOGGER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan