Isnin, 29 Disember 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SK KABARUS

       Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah diadakan pada 17 November 2014 Hari Isnin Jam 8.00 Pagi Bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Zubir Bin Embong (DPMT, PJK). Anugerah Kecemerlangan ini diadakan untuk menghargai dan menilai di atas kebijaksanaan, kecergasan dan kecerdasan dan kebolehan pelajar dalam semua bidang, Akademik, Kokurikulum, Sahsiah Pelajar mengikut landasan yang sebenar.

Penilaian ini dihasilkan terhadap kerja buat dan penglibatan pelajar dalam pelbagai aspek selama setahun serta bakat mereka yang mewakili Sekolah, PPD, Jabatan dan hingga ke peringkat Kebangsaan.

      Tentatif Program adalah:
       8.00 am   :  Pendaftaran Ibubapa dan Murid
       8.30 am   :  Ketibaan Dif-dif Jemputan
                       : Ketibaan Dato' Tn Hj Zubir Bin Embong (Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu)
       9.00 am   :  Nyanyian Lagu Negaraku
                         Ucapan Pengerusi Majlis
                         Bacaan Doa
                         Ucapan Guru Besar
                         Ucapan PPD Kuala Terengganu
                         Ucapan Dato' Haji Mohd Zubir Bin Embong
                         Persembahan Prasekolah
                         Persembahan Nasyid Sekolah
                         Penyampai Sijil dan Cenderahati

Di antara kategori yang dinilai dan diberi penghargaan ialah:
a)  Tokoh Nilam (Hadiah e Kamus bernilai RM400.00 sebuah)
b)  Tokoh Murid
c)  Tokoh Kokurikulum
d)  Olahragawan dan Olahragawati Sekolah
e)  Kecemerlangan Akademik Tahun 1 hingga Tahun 6

 Ibubapa menyambut ketibaan YB Dato' Mohd Zubir Bin Embong
    

YB Dato' Mohd Zubir Bin Embong sedang merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014
 Pelajar bernama Nur Najeebah bt Dahalan menerima hadiah e Kamus bernilai RM400.00

Semua penerima hadiah dan sijil bergaya dengan Jubah Graduasi

Majlis berakhir dengan Jamuan Nasi Arab sumbangan dari Restoran Al-Bakry




Tiada ulasan:

Catat Ulasan