Sabtu, 27 Disember 2014


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH 2014

Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah telah diadakan pada 4 November 2014 hingga 6 November 2014. Majlis Perasmian Penutup Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu,Yang Berbahagia Dato' Hajjah Nor Akmal bin Abdul Fatah (DPMT, PJC, BLB, PJK) pada 6 November 2014 (Khamis).

Program ini diadakan bagi tujuan melahirkan murid yang sentiasa berdamping dengan buku untuk meningkatkan pengetahuan serta menjayakan Program Bacaan NILAM dan melahirkan murid yang sentiasa menghargai masa dengan membaca.

Tentatif (6 November 2014):

Masa           :    11.00 pagi
Tempat       :    Dewan KABARUS
   - Murid berhimpun jam 10.45 pagi
                        - Kehadiran VIP (Pengarah PPAT diiringi Bunga Telur dan Irama 
                          Selamat Datang) 
                        - Bacaan doa
                        - Ucapan Guru Besar
                        - Ucapan perasmian Pengarah PPAT  
                        - Memotong Banting Perasmian 
                        - Loceng perasmian
                        - Penyampaian hadiah   
                        - Lawatan ke Pusat Sumber KABARUS
                        - Makan tengahari
                        - Bersurai
  

Menyambut ketibaan Yang Berbahagia Dato' Hajjah Nor Akmal bin Abdul Fatah 
(DPMT, PJC, BLB, PJK)

Upacara Perasmian Penutup Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah oleh
Yang Berbahagia Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan