Ahad, 15 Februari 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22 DAN PERASMIAN PROGRAM 3H 2015 SK KABARUS

       Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 dan perasmian program 3H (Hari Sarana Ibu Bapa, Hari Bersama Pelanggan dan Hari Keusahawanan Pelajar) 2015 SK KABARUS telah berjalan dengan lancar dan sempurna pada 11 Februari 2015 (Rabu) di dewan terbuka SK KABARUS. Ianya telah dirasmikan oleh YM Engku Aziz Engku Mat yang merupakan Pengarah IKBN Wakaf Tapai.          
       Kehadiran ibu bapa/ penjaga yang sangat menggalakkan seawal jam 8.00 pagi telah memeriahkan lagi suasana di samping mesyuarat kali ini turut membawakan sedikit pembaharuan di mana ibu bapa/ penjaga serta seluruh warga SK KABARUS boleh bertandang/ mengunjungi ke 9 kaunter yang telah mengambil bahagian di sepanjang mesyuarat dengan jualan serta perkhidmatan yang telah disediakan masing-masing.
       Kaunter-kaunter tersebut adalah kaunter A&W, Kedai buku Ibzanis, Kedai buku Toko Asia, Koperasi Guru, gerai pakaian percuma, jualan oleh guru/ pelajar, jualan kantin sekolah, pameran perubatan dan kaunter khas.

Tentatif :

8.00 am  - Pendaftaran.
             - Ketibaan YM Engku Aziz Engku Mat (Pengarah IKBN wakaf Tapai).
             - Kata aluan Pengacara Majlis.
             - Nyanyian lagu 'Negaraku'.
             - Persembahan Pelajar.
             - Bacaan Doa.
             - Ucapan Guru Besar SK KABARUS.
             - Ucapan YDP PIBG SK KABARUS.
             - Ucapan perasmian YM Engku Aziz Engku Mat.
             - Cabutan bertuah untuk 2 nombor pertama.
             - Hadiah kecemerlangan UPSR 2014.
             - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 2015.

       Dengan perjumpaan ini, diharapkan agar pihak PIBG amnya dan para ibu bapa/ penjaga khasnya akan dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai matlamat dan kecemerlangan dalam bidang-bidang seperti pendidikan, kokurikulum, bina insan/ moral, disiplin, keceriaan sekolah dan keselamatan sekolah.

Para guru dan staf bergambar kenangan dengan pakaian rasmi sekolah sebelum majlis bermula

Kaunter pendaftaran ibu bapa.

Perasmi jemputan dibawa ke bilik Guru Besar untuk menandatangani buku pelawat sambil menikmati sarapan pagi

Para hadirin sama-sama berdiri menyanyikan lagu Negaraku sebelum majlis bermula

Persembahan pelajar yang menghiburkan di awal majlis

Bacaan doa memohon diberkati majlis

Ucapan Guru Besar, YDP PIBG dan Perasmi jemputan
 

Perasmi jemputan mengetuk 'gong' menandakan perasmian majlis telah disempurnakan

Putera puteri SK KABARUS yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dan 4A dalam UPSR 2014 turut diraikan :



Para pelajar cemerlang UPSR 2014 bergambar bersama-sama dengan Guru Besar, YDP PIBG dan Perasmi jemputan

Cabutan bertuah turut dibuat oleh Perasmi jemputan

Pemegang nombor bertuah menerima hadiah/ hamper

Cenderahati turut diberikan kepada Perasmi jemputan

Perasmi jemputan dibawa melawat ke kaunter-kaunter yang telah mengambil bahagian setelah selesai membuat perasmian

Mesyuarat PIBG 2015 SK KABARUS bermula..

   
Maklum balas yang diberikan oleh ibu bapa/ penjaga sangat memberangsangkan

Pencatat Minit Mesyuarat

Kaunter Hadiah

Cabutan nombor bertuah disambung sejurus selesainya mesyuarat Agung PIBG 2015

Di antara kaunter-kaunter jualan dan perkhidmatan yang mengambil bahagian :

Kaunter kesihatan/ Pameran perubatan


Kaunter jualan serbaneka

Kaunter A&W

Kaunter BSN

Kaunter kantin sekolah

Kaunter jualan barangan perhiasan

Kaunter buku

Kaunter jualan buah-buahan dan bunga-bungaan










Kaunter Koperasi Guru

Kaunter Jualan PPKI


Majlis bersurai kira-kira pada jam 1.00 pm.
                                                                                     
                                                                                      ByKABARUSBlogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan