Isnin, 9 September 2013

PROGRAM HASRAT MEMBURU IMPIAN (HMI) SK KABARUS 2013

Program dimulakan dengan ucapan guru besar disaksikan oleh guru dan para pelajar SK KABARUS
   Program HMI ini merupakan satu program yang telah diilhamkan oleh pihak pentadbiran SK KABARUS di mana guru bersama staf sekolah telah dibahagikankan kepada 16 kumpulan kecil yang mana kumpulan-kumpulan ini akan menyumbangkan seunit hadiah bebas untuk diberikan kepada 16 orang pelajar tahun 6 yang telah dijangkakan mampu untuk mengharumkan nama SK KABARUS dengan mendapat semua A dalam kesemua mata pelajaran UPSR 2013. Sementara itu, 2 orang pelajar cemerlang yang bertuah akan mendapat 2 hadiah utama yang berupa basikal yang bakal dihadiahkan kepada pelajar yang mendapat keputusan paling cemerlang dalam UPSR 2013 nanti. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar target 5A dalam UPSR 2013 SK KABARUS adalah seramai 18 orang pelajar dengan hadiah keseluruhannya berjumlah sebanyak 18 unit.

 
Hadiah utama HMI..berupa 2 buah basikal yang menjadi rebutan pelajar
    Sehubungan dengan itu, raptai penyerahan 16 unit hadiah dari kumpulan guru dan staf yang dibahagikan telah diadakan di dewan terbuka SK KABARUS pada 29 Ogos 2013 (Khamis) sebelum hadiah-hadiah tersebut disumbangkan kepada para pelajar harapan UPSR 2013 setelah peperiksaan UPSR diumumkan kelak.

      
  

Wakil dari 16 kumpulan yang mewakili guru dan staf SK KABARUS menyerahkan hadiah masing-masing kepada guru besa sebelum ianya disumbangkan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2013

    Program ini juga diharapkan agar dapat memberikan motivasi yang tinggi bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tersebut tetapi juga berharap agar ianya mampu menjadi pemangkin kepada guru untuk terus membimbing dan mendidik para pelajar SK KABARUS yang berkenaan sehingga membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Kepada semua pelajar tahun 6 2013 SK KABARUS, kami kesemua warga SK KABARUS mengucapkan "SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2013 & KAMI MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA..AMIN..".
 
Program diakhiri dengan bacaan doa untuk keberkatan semua warga SK KABARUS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan