Isnin, 24 Ogos 2015

PERLANCARAN PRA KEMERDEKAAN 2015 PERINGKAT SK KABARUS

        Tanggal keramat 31 Ogos 2015 yang merupakan hari ulang tahun perayaan kemerdekaan Malaysia yang ke 58 bakal disambut tidak berapa lama lagi. SK KABARUS telah melancarkan pra sambutannya pada 23 Ogos 2015 (Ahad) yang bertempat di dewan terbuka SK KABARUS pada jam 11.00 pagi. Walaupun perlancarannya dilakukan secara ringkas, namun kemeriahan sambutannya dapat dirasakan sehinggalah ke akhir program iaitu kira-kira jam 12.30 tengahari.

        
'SEHATI SEJIWA'..menjadi tema sambutan hari kemerdekaan yang ke 58.
Ucapan aluan dan perasmian perlancaran pra kemerdekaan oleh YDP PIBG dan
Guru Besar SK KABARUS. 
Perasmian oleh Guru Besar dengan bukaan Jalur Gemilang diikuti paluan  gong dan percikan mercun kertas

Bersemangat..para pentadbir, guru dan pelajar menyanyikan lagu-lagu
patriotik kemerdekaan.
Para pelajar SK KABARUS bangga menjadi anak Malaysia.. 

Upacara pembahagian hadiah bagi pemenang melukis dan mewarna alam sekitar
tahap 1 dan 2 turut diselitkan di akhir perlancaran pra kemerdekaan 2015 ini. 

                                                               ByKABARUSBlogger


Tiada ulasan:

Catat Ulasan