Selasa, 4 Ogos 2015

PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR DAN PROGRAM JELAJAH RAHMAT KE 3 SK KABARUS

         

       Perlancaran kempen alam sekitar barangan terbuang telah diadakan pada 02 Ogos 2015 (Ahad) pada jam 7.45 pagi di hadapan kantin dan bersebelahan dataran pintar SK KABARUS. SK KABARUS menyokong kempen ini dengan mengajak para guru dan staf mengumpulkan apa sahaja bekas terpakai yang tidak digunakan untuk dijadikan bekas semaian anak pokok dan telah berjaya mengumpulkan pelbagai jenis bekas tidak terpakai. Kempen ini juga diharapkan agar dapat memelihara persekitaran kita dari sampah sarap/ pencemaran di samping dapat mengitar semula bahan buangan yang telah tidak terpakai/ digunakan. 


Perlancaran program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar oleh Guru Besar SK KABARUS

Di antara bekas tidak terpakai yang telah disumbangkan oleh para guru/ staf SK KABARUS


Cikgu Maziah ditugaskan untuk memilih penyumbang bekas terpakai terbanyak/ lain dari yang lain

        Sementara itu, pada tengaharinya telah diadakan program Jelajah Rahmat kali ke 3 di mana untuk kali ini Masjid Al-Hidayah Kg. Banggol Mempelam telah menjadi lokasi pilihan setelah Masjid Pulau Manis dan Masjid Kampung Baharu Serada pada sesi Jelajah Rahmat untuk kali pertama dan kedua yang telah diadakan sebelumnya. Program yang khusus diadakan untuk para pelajar UPSR 2015 ini merupakan satu program di mana para pelajar dan guru bersembahyang hajat secara berjemaah dan bersama-sama memanjatkan doa agar UPSR yang bakal ditempuh tidak berapa lama lagi akan membuahkan kejayaan yang cemerlang kepada para pelajar para putera dan puteri tahun 6 2015 SK KABARUS.


Para pelajar mengambil tempat di saf masing-masing sebelum sembahyang Hajat dimulakan.

Ibu bapa/ penjaga pelajar UPSR 2015 turut dialukan untuk bersama-sama mengikuti program Jelajah Rahmat.

Makanan dan minuman disediakan di akhir program
Masjid Pulau Manis dan Masjid Kampung Baharu Serada dijadikan lokasi pilihan untuk program Jelajah Rahmat  kali pertama dan kedua.

Masjid Al-Hidayah, Kg. Banggol Mempelam dan surau SMK IMTIAZ dijadikan lokasi pilihan untuk program Jelajah Rahmat ketiga dan keempat akan datang.

                                                                            SKKABARUSBloggger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan